Powered by Blogger.

28 January, 2011

mari berkongsi~~

Assalammualaikum....


gemar baca novel ? saya gemar...
gemar baca komik? owh! itu adalah kegilaan saya!!
bagaimana pula dengan menonton movie @ drama korea?? omoko!...omoko!...saya suka sangat!!


baiklah..berhenti merepek aisyah!


tujuan utama adalah untuk berkongsi novel terbaru bacaan saya yang sebenarnya dah bertahun di pasaran...


JAJA & DIN KARYA NOOR SURAYA

dah beberapa kali ulang, seronok sikit, kelakar sikit, insaf pun ada...jalan cerita dia sama macam novel yang lain, tapi yang ini lebih baik, typing pun sama macam novel-novel yang lain, tapi yang ini lebih baik..
adakah saya sedang merepek? owh....bukan...saya sedang menceritakan perbezaan novel ini dengan novel yang lain...hahahahahah..ok serius!!

sinopsis :

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar


Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:
Abah dan uminya rasa [♪¿∫∞Ωπ䮉¾]
Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!
Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

bagusnya tentang novel ini ialah penggunaan bahasa yang aku rasakan santai, jalan cerita yang ringkas dan mudah nak faham maklumla, otak orang tua macam saya ni da tak berapa nak function sangat kalau baca bahan-bahan "berat"...membawa mesej ke arah kebaikan dan berjuang sampai ke afghanistan...sungguh! kalau tak percaya pegi beli sekarang!...

novel kedua yang aku dah baca


DENYUT KASIH MEDIK KARYA FARHAN HADI

sinopsis : 

mengisahkan tentang dr.muslih seorang doktor pelatih yang memperjuangkan syariat di hospital, dia bukan saja ingin merawat pesakitnya dari penyakit fizikal tetapi juga rohani mereka..
pelbagai ragam pesakit dan staf-staf di hospital yang terpaksa dia depani..jalan ceritanya juga ringkas...
ah kau!! tak habis-habis ringkas..
yela..kan aku da cakap aku tak boleh baca bahan-bahan bermuatan "berat"(aku cukup sensitip dengan ayat "berat" nih!) 
walaupun aku tak berapa faham nama-nama ubat, jenis-jenis penyakit yang di ceritakan tapi still boleh faham la...^@#$&*....penulis jugak banyak menyampaikan pelbagai persoalan yang menjadi keraguan kepada kita terhadap isu-isu fiqah dalam perubatan dan percintaan..sarat dengan ilmu novel ni tau...ringkas dan santai...again??? hahahahaha...

ade lagi satu novel kat rumah tu yang baru aku habis baca, tapi x ingat lak tajuk die..tapi best jugak.....perjuangan seorang wanita dalam memperkembangkan badannya  perniagaan kolam ikan dia....seronok....

membaca ni seronok, kita boleh berimaginasi seperti kita adalah watak utama dalam cerita tu, tapi kau jangan la imaginasi benda-benda lain pulak.....lagi satu cukuplah imaginasi kau dalam novel tu je, jangan ko nak "berdrama queen" lak kat alam nyata...

p/s: nak din sebagai suami boleh tak? nak carik kat mana? hahahahaha...ok....
p/s : nak suami macam dr.muslih tu jugak boleh tak? hahahahahahah

aisyah! ko jangan nak mengatal...semua watak lelaki dalam novel pun kau nak!
ok baiklah...saya faham....

habis...


















24 January, 2011

aku ingin mengembara~~

sempat snap gmbr ni mase bercuti ngn family kat port dickson


sebenarnya tajuk tak termasuk dalam apa yang aku nak ceritakan harharharharhar...saje menggatal, di sebabkan orangnye tak reti sangat nak menggatal jadi tangan ambil alih untuk menggatalkan dirinye...apakah?? ok skip tu...
sepatutnya aku bekerja hari ini, ya...aku patut bekerja...akan tetapi di sebabkan cramps yang menggila akhirnya aku tersadai menonggeng di tepian katil bersama lappy peneman setia...
sakit memangla teramat sakit, nak bernafas pun tercungap cungap macam ikan tak dapat air @#$%^...
nak duduk? jgn mimpi ko tonggeng la kat situ sampai reda...
teringat waktu dolu dolu masa aku kene bedah, sakitnya nauzubillah....nak bagun katil payah,nak berjalan pun payah, asyik kene ampung je perut aku yang penuh dengan lemak tu T_____T (dr.habibah suruh aku kurus tapi sampai sekarang aku tak kurus..hahahaha...ampun doktor ).....sebulan aku tak masuk belajar.....tapi aku teramat bersyukur waktu tu, di sebabkan sakit itu aku tahu dosa-dosa kecil aku yang tak terkira banyaknya di hapuskan, dan di sebabkan sakit itu juga aku dapat bermuhasabah dengan diri sendiri, di sebabkan sakit itu juga aku dapat menghabiskan masa di atas katil mendalami kalam ALLAH SWT dan menghayati setiap baitnya,masa sakit tu jugak la aku akan tersedar secara otomatiknya pukul 3 pagi,  dan yang penting aku dapat lihat kasih sayang ibuku waktu tu,yang mengurutkan kaki dengan minyak panas sebab aku tak boleh tido kalo x lumur minyak kat kaki, aisyah sayangggggggggg infiniti kat mak....rindu saat tu *tp x mau kene bedah lg T__T
jadi sekarang, tak perlu merungut kalau sakit menyerang anda kerana ianya adalah sebahagian daripada ujian kecil dan tanda ALLAH SWT sayangkan kita muahmuahmuah......
dialog antara mak dan anaknya :
mak : tu kenapa tu, tersengih-sengih menonggeng ?
aisyah : tengah tahan sakit mak...
mak : tahan sakit pun senyum?
aisyah : senyum dalam tangisan mak T___T
mak: alahai aisyah (sambil hulur ubat tahan sakit)......
Imam Ali ar-Ridha as berkata: “Sakit bagi orang mu’min merupakan penyucian (atas dosanya) dan juga rahmat. Tetapi bagi orang yang ingkar, sakit adalah ’azab dan laknat dan sesungguhnya penyakit bagi seorang mu’min adalah penghapus dosa.” 
(Bihar al-Anwar 81 : 183)

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya penyakit itu membersihkan jasad dari dosa-dosa sebagaimana alat peniup pandai besi membersihkan karat dari besi.” 

(Bihar al-Anwar 81 : 197)



23 January, 2011

testing...testing..hehehe

moon geun young



nak buat rambut macam ni...huhuhuhuuuu... .  

aisyah : makkkkk....nak buat rambut macam ni boleh x ??
mak : nak buat macam mana?
aisyah : bela la rambut panjang2..pastu curl kan pastu dye kan ^_^
mak : eemmm....mak x kesah pun kalo ko nak buat, tp cnfrm ke halal pewarna tu? yang penting ko nk tunjuk kat siapa??
aisyah : erk?? errrr....mak xnak tgk ke?
mak : mak da puas tgk ko 25 tahun ni, macam2 pesen da mak tgk...x heran da...
aisyah : alaaa.....hurmmmm...yela...yela... x jadi buat la :(