Powered by Blogger.

07 February, 2011

hobi terluang....

Assalammualaikum....

bersempena dengan cuti raya cina yang lepas, banyak waktu terluang aku kat rumah...aku dapat cuti 7 hari, padahal bukan aku mintak pun, time raya haji aku mintak cuti lebih kedekut..time raya dia terlebih lebih pulak cutinya...xpe...xpe...alhamdulillah, ada banyak masa untuk berehat...

di sebabkan time cuti tak plan berjalan ke mana selain daripada merewang dengan kawan-kawan tershayang, aktiviti aku adalah membaca, aku selongkar balik segala komik lama dengan novel-novel baru aku...aku landing macam biasa atas katil, sambil lumur minyak + losyen kat kaki...kalau ade kopok ke coklat ke angkut skali atas katil...owh nikmat sungguh!


twinkle : pelukis dia orang korea nama kim da hee..ada 3part, part1 and part3 adik aku beli, tapi tak tau la kenapa dia pyscho sangat tak beli part2, dia bukan tak tahu akak dia ni macam @*&^! bila set tak lengkap! terpaksalah aku terhegeh-hegeh pegi mph cari part2 dia...cerita best! lawak! mak aku da risau tengok aku gelak sensorang...aku rasa pelukis komik korea buat komik lawak lebih baik lah dari jepun, kalau bab-bab romantik jepun ok......kot...
orange kiss : pelukis dia usami maki, aku suka beli komik usami maki! bukan sebab komik dia banyak makian tapi dia kalau buat cerita romantik memang menjadi, maklumlah..saya kan jiwa sensitip..ade kaitan tak?.......


ini adalah separuh daripada longgokan bahan bacaan sepanjang cuti aku yang kadang-kadang jadi rakan setidur aku...termasuk losyen,earphone dan patung kecik pemberian rakan...ewaahhh...seronok tidur dengan mereka ni sebab mereka tak kisah langsung kalau kene himpap! sungguh! kalau tak percaya ko pergi amik 1 buku pastu baring atas dia, ada tak dia mengadu? tak de kan? hahahahahaahha..baiklah...maaf...aku suka baca komik sambil dengar lagu sentimental, sebab dari komik yang lawak aku boleh jadikan ia menjadi komik   yang penuh dengan emosi dan pembacaan aku akan di sulami dengan tangisan suci....terasa diri aku macho pulak tulis camni.....*sigh.....dan aku suka menjadi seorang yang emosi....


bila dah habis membaca, tak ade keje lain mula la tangan menggatal conteng-conteng kertas...owh! tu komik twinkle part1 and 3...best tau.....

aku ada baca dekat komik, dia tulis kalau kita nak bagi seseorang tu @ seseorang yang kita sayang tu teringat kat kita, kite geli-geli kan tapak tangan dia.....bila aku kata geli tu jangan la tak semena mena ko tarik tangan dia pastu geli kat situ...ko buat la macam dia tak nampak, contoh time korang bersalam ke, ha....gunakan la jari telunjuk pastu geli-geli....hahahahahaha...aksi ini tidak di tujukan kepada pasangan bercouple ye, kang lain jadinya...kalau aku, aku akan buat dekat adik aku...walaupun aku tau dia mesti akan teringat kat aku time dia habis duit  :).....ok lah...the end...

wassalam....



06 February, 2011

kenangan itu...

Assalammualaikum petak post..

tajuk hari ini adalah "kenangan itu"....mengapakah?...

teringat dolu dolu waktu baru habis belajar....bulan jun bekerja sebagai guru tadika di tadika umi dekat danau kota....aauuuwwww...memory itu semua....
seronok....memang seronok bila budak panggil kita "cikgu" * berpinar mata.....
terimbau kembali kenangan...*lagu a walk to remember berkumandang sambil tangan kat dada mata pandang atas.....


detik tu bermula lepas aku call puan ummi, pemilik tadika tu.....puan ummi ni kan, alahaiiiii..baik sungguh! sumpah aku cakap! baik!...dia sendiri offer diri nak jumpa aku, mase tu aku melawat kawan aku kat hospital PUSRAWI  puan ummi sanggup datang amik aku, then bawak aku pegi tengok tadika dia..sungguh macho la puan ummi....

bermula la kisah aku sebagai guru di tadika..hahahahahaha  geli gila tulis ayat neh!..rindula la dengan farhan, lukman, aidil dan pelajar lelaki yang lain..lelaki je? perempuan?...huh! yang girl aku tak mau sebab dorang suka acu sua kepala kat aku, nak suruh ikat rambut la tu....pantang aku duduk baca buku dorang datang bawak sikat, pastu demand nak stail pelik pelik, sanggul siput la, tocang lipan senget la, ekor kuda senget ke telinga la, toncet satu la, mujur la tak ada sesi bermake up...tapi kan, aku kan..enjoy...* hair flip...

aku banyak belajar kat situ, jangan ko ingat duduk dengan budak kecik ni tak boleh belajar apa...ko tau, first time dalam hidup aku tengok budak umur 6 tahun jadi imam untuk kengkawan dia...macho sungguh, semua surah dalam solat dia hafal, ko masa umur 5-6 tahun hafal ke? jangan kata ko, aku pun mase tu mengeja pun tak reti dok main konda kondi lagi....itulah hebatnya tadika kami, bukan setakat mengajar subjek, tapi pelajaran agama kami utamakan....ewaah..

habis aje waktu belajar dorang, waktu untuk menghafaz pulak, kami bacakan surah pendek lepas tu suruh sorang sorang hafalkan, tapi dorang hebat cepat je hafal,tapi biasalah panjang pendek ayat berterabur...otak budak kan, benda elok yang di ajar elok la jadinya..lepas tu sesi mengaji,aku layak ajar buku iqra je huhuhuhu...tapi bila ada budak sekolah menengah @ rendah yang datang mengaji aku dapat la peluang betul betulkan bacaan dorang...hmmm.. bacaan ko pun berterabur ade hati nak betulkan..? yela!! aku tadarus dengan budak yang dah pro jela!dorang tak banyak buat salah... huh!...

lepas tu sesi bercerita * yang ini aku sangat suka! err tapi dengan bebudak jela, sebab kalo aku bagi tau yang aku ni dulu miss universe tahun 2005 dorang akan percaya......abaikan..

selalunya sesi bercerita ni kami buat lepas dorang semua baca buku iqra, memula bebudak ni tarik muka bila aku kata nak bercerita, kalau aku kata nak gosip laju agaknya memasing...ceeet!......
tapi aku bersemangat bercerita bila dorang menunjukkan minat seperti bertanyakan soalan-soalan yang tak berkaitan dan tak masuk akal, yela tu tandanya mereka fokus! dan fokus itu penting!...wuteverrr...
seperti bila aku cerita kisah nabi Nuh ade je yang mencelah tanye
'sekgu! kenapa Nabi Nuh kita tak jampi je bagi kapal tu terus ada, tak payah buat dah'...
'cikgu! kenapa dorang semua tu tak naik kapal terbang je?'....
'sekgu! kenapa semua tak tumpang badan naga? naga kan kuat'.....
hmmm...tak terjawab cikgu anak-anak oiii......sekgu rindu tamu tamu cemua! shiyes T__T


aku suka jugak masa kami baca Asmaul-husna dan doa taubat sama-sama T__T, bergema kelas tu kami buat...teringat jugak bila kami main bisik-bisik bila ada rahsia @ bila ada antara mereka yang tak suka dengan salah sorang guru kat sana...huhuhu...owhhhh...really miss those moment! *sambil dengar lagu kenangan terindah-samsaon....

aku cuba praktikkan apa yang aku buat dengan murid-murid aku dulu dengan anak buah aku, tapi hmmmmmmm...tak jalan....anak buah aku mulut becok! hyperaktif! gedik sikit...hehehehe.....tapi mereka taat...ok, otak da beku nak describe kerenah pari-pari aku~~

sememangnya aku bersyukur aku pernah di beri kesempatan untuk melalui pengalaman tu, ada jugak la saat aku jadi cikgu walaupun cikgu tadika jerr......aku dah cerita tak pengalaman aku waktu jadi nurse? masa kat labour room?hahahaha, nanti ada mood aku citer....
aku ingat nak sambung blaja amik kos pendidikan awal kanak-kanak la..ah! ko semua kos pun nak cuba, psikologi la, TESL la (dala langsung x layak!)...yelaaa..aku seda diri...ko tunggu la bila kewangan aku da stabil!

oklah...lappy da sound "cik aisyah yang comel, saya da panas ni...nak g mandi jap, boleh x cik aisyah shut down kan saya"...baiklah lappy darling, elok-elok masuk toilet....lantai licin...

wassalam...