Powered by Blogger.

17 June, 2012

Dear~~

Assalammualaikum...



bila diri rasa lemah, otak letih untuk berfikir, keadaan diri tak terurus dan hampir putus-asa untuk hidup 1 je yang akan buat aku bersemangat, Allah....

tolonglah~


cuba untuk menjadi yang terbaik utk ibu ayah dan utk diri sendiri T_T...Allah...permudahkanlah~

16 June, 2012

Menjelma...

Assalammualaikum..


Rasa nk setat menulis balik...ok bai~


12 June, 2011

random~

Assalammualaikum...

Tahniah buat Terengganu kerana memenangi piala FA pada malam tadi..aku tak tahu malam tadi ada perlawanan bola, kelantan vs terengganu pulak tu..dapat tahu pun sebab mak yang tengok malam tadi...kemain lagi mak aku, ntah sejak bila minat kat bola pun aku tak tahu...yang lagi best keterujaan bila dapat tahu kelantan vs terengganu aku ingat ade pasukan kesukaan dia,perak...tapi kan pagi ni dia ade murung sikit sebab kelantan kalah....alahai mak..mak..sejak bila minat kelantan?? musykil..

ok! tajuk poyo gila "random" bajet macam hebat bukan?

nak kongsi cerita ni, semalam aku beli novel baru :) maklumlah saya ni orang susah, tak boleh selalu berbelanja...eh! jangan kata saya tak bersyukur....amat bersyukur tahu! dari kesusahan inilah saya belajar erti menghargai..kalau kau bagi aku pengcungkil gigi pun jangan terkejut kalo kau tengok aku "frame"kan pastu lekat kat dinding :)....mungkin....
tajuk buku "tuhan masih mencintai" karya lily haslina nasir tapi aku tak dapat nak sinopsis kan novel ni sebab belum habis bace :) ade lagi setengah m/surat..insyAllah hari ni cuba habiskan buku yang berhalaman 565 m/surat ni..
setakat yang aku bace boleh tahan, banyak pengajaran dan kesedaran :) (ayat yang biase aku gune tiap kali bila bercerita tentang novel..hahahaha..)

cantik kan warna die? purple gitu

dan juga untuk adik aku syed nur zafran dan noor wahida, tahniah di atas pertunangan :)



ok...semoga anda di berkati Allah selalu :)
zassssss...Assalam...

23 April, 2011

Assalammualaikum...

sejak beberapa bulan atau minggu atau hari begitu sibuk, sibuk tentang apa? RAHSIA ~~~.
macam-macam yang nak di rancang.....merancang apa? biarlah rahsia, tak semua perkara perlu kite kepoh-kepohkan ~ poyo~ hahahaha..

baiklah, aku nak berterima kasih sebenarnya..terima kasih tiada tara kepada sahabat aku yang susah-susah hadiahkan cd nih, pos laju dari kelantan...kalau lah kau tahu sahabat, betapa cd ni banyak membantu..hehehehe..metaceh ^ _^...shushah-shushah ajer..



tahniah juga kepada adik askar aku, zafran..dah terfikir untuk bertunang pun die T__T...dulu-dulu mase kecik-kecik akak la yang kelek hulu hilir, akak jugak la yang gomol pipi tu.....tak pela...dah jadi suami orang nanti pun akak still akan buat macam dulu :P ~pervert!~

syed nur zafran

 ok lah, nak sambung tengok tv, semoga Allah memberkati...wassalam.

31 March, 2011

seorang yang bernama ummi :)

Assalammualaikum...


Aku kan....suka kan.....tengok orang berniqab, pada mata aku yang memandang ni mereka cantik sangat...ada antara kawan aku yang tanya tang mana yang aku tengok tu cantik sebab yang nampaknya mata je. Aku pun tak tau...cantik ni subjektif, mungkin pada aku cantik mereka tu pada sikap, tutur bicara atau sopan mereka? eauwwww...macam nak memilih calon adik ipar jerr.......
mereka yang berniqab ni berani dan kental...atas sebab apa kamu faham fahamkan la..


pada satu hari yang  tenang dan damai, saya selaku pemunya diri yang membosankan dan gila membaca tak kira artikel apa, kalau boleh tulisan tamil pun aku nk jelajah.....hohoho....telah terbaca sebuah blog yang pada aku sebuah penulisan yang "ikhlas"...tidak berpura-pura.....ada elemen laser, bahasa kasar yang kalau ada  pakcik @ makcik baca mereka akan beristighfar kendian terkedu kejap :) tapi itulah dia, si empunya diri yang jujur dalam setiap penulisannya, hati aku terpaut pada setiap artikel yang dia keluarkan...hiraukan caci maki yang di tulis, tarik setiap nasihat dan pengalaman yang dia pernah alami...nah!! kau akan dapat sebuah motivasi diri @ satu semangat untuk berubah~~


setelah sekian lama menjadi pembaca, aku mula berhubung dengan dia yang aku panggil ummi...jujur sehingga hari ini yang aku tahu namanya ummi habibah, kemudian di tukar ke nur habibah pulak.....ishhh!! ummi ni akak sebat nanti!♥ aku selidik kisah hidup dia, aku juga ingin berkongsi pengalaman hidup dia....menyibuk je kan?? hahahaa.....ni email kisah hidup yang dia kongsikan dengan aku, aku da mintak kebenaran dia tau untuk publish ni, semoga ada manfaat :



segala puji bagi Allah yang telah mempertemukan ummi dengan kak nur :) haa jauh tapi dekat dihati.hihi bismillahirohmannirohim.sebenarnya kak..ummi ambil masa berubah sejak ting 4 lagi.tapi sedikit sedikit, bukan mendadak.kira masuk 9 tahun jugalah nak sampai ke tahap berpurdah neh :) mula2 sekali terfikir kenapa nak berubah adalah sebab orang2 sekeliling ummi asyik membuli dan menghina je..hihi.ummi pernah lalui zaman persekolahan yang teruk sehinggalah naik ting 4.memang teruk.huhu

hari2 ke sekolah, derang ejek, hina ummi.seawal 7 tahun ayah dah mula tinggalkan emak :P ngeh3.atas asbab neh ummi kena ejek, kena buli,sebab selekeh.kekekeh.mana tak selekeh kalau emak takde masa nak urus ummi.HEHE okeh tarik nafas jap.^_^




ummi cerita takpe eh, kat sek hari2 ummi kena ejek, pastuh gaduh sebab ummi tak suka.huhu yela sapa suka kena ejek.pastuh kena pukul pulakkkkk.beg kena buang ke tong sampah.tudung sekolah ummi kena cakar sampai terbelah dua.belakang ummi pernah kena balun dengan penyapu.HAHA.kelakar.kena baling dengan batu laaa, kusi laaah.ececehhh.tapi yang bestnya ummi LAWAN balik.haha.ummi tak diam pon.biar menangis tapi ummi akan fight semula.sampai lebam.tiap hari mengadu kat emak.


yang tuh berlaku seawal usia 9 tahun sehingga 12 tahun.alhamdulillah walaupon takdelah PINTAR sangat kat sekolah tapi ummi takbodoh sangat walaupon tiap hari kena kacau.ngeeeeeh3.makaa bermulalah episod zaman kegelapan ummi, jadi samseng.sebab biasa gaduh, kat sekolah bawak kayu besbol.hihi pastuh ada geng anti lelaki.sikit nak jadi tomboi dan lesbian :D kat situ punya benci ayaaaah takboleh blaaaah.setiap kali ummi kena buli dan nangis akhirnya ummi akan sumpahhhh ayah banyak kali.ngee

masa tuh rambut pacak2..pendek.hehekkk.free hair.rambut merah kuning hijau.huhu kuku panjang.berwarna warni.kening dok cukur.pakai seluar pendek je.tindik telinga sampai 4 5 lubang.aiyaa huhu malu nak citer tapi ummi nak kak nur betul2 faham SEBAB kenapa ummi berubah..masa tuh makin galak tiap hari gaduhhhh je.pantang kena usik, ummi ajak gaduh.huuuui nasib baik tak kena rogol tau kak


tiap hari nangisssssss je walaupon dah gaduh2.sebab adeh kudrat perempuan kak..sampailah tahap mana.pastuh ikut pula pengaruh sepupu2 yang memang errrr.ummi diajar merokok.konon cool.pakai singlet.ummi dikisahkan geng2 skinhead, punk.waah syukur alhamdulillah Allah tak izin ummi masuk geng neh.kalau tak hancurrrrr hidupkuuuu.huuuu.bila dah macamtuh sampailah ting 3, ummi dah taktahan dah.tekanan perasaan sangat2 takboleh bendung..selalu tanya kat emak "emak, kenapa kita macamneh?kenapa orang buli ummi?sebab ayah takde ke?derang cakap ayah ummi gatal kahwin lain,ummi ada mak tiri." T____T huhu mak akan usap kepala ummi dan pujuk suruh walau apapon ummi kena belajar sungguh2.lawan penghinaan orang2 dengan studi ummi..sampailah satu masa, ummi tekad dah.ummi nak pindah sekolah.ting 4 masuk sek teknik.duk asrama..disitu ummi diasuh dengan jadual hidup.masa makan.masa riadah.masa solat.masa belajar.


ting 4 tuh laaa ummi belajar solat, dan ngaji semulaa..ya Tuhan masa tuh airmata berjuraian takboleh nak cakap apaa.T__T ummi berubah bukan atas desakan sesiapa atau ajakan sesiapa.tiba2 datang dari hati..ummi mula pakai tudung.pakai baju panjang lengan.3 bulan nak spm ummi menyendiri dari kawan2..banyak habiskan masa kat surau.menangis2.mula2 tak faham kenapa menangis.kawan2 perasan ummi dah murung tak suka diganggu.mandi sendiri2.makan sendiri2.tido pon tak bagi salam dah.huhu..kurang bercakap.sebab ummi memang jenis banyak cakap dan gelakk.


balik rumah, ummi ambik gunting dan potong rambut sampai botak.nangis2 takboleh belah.ahahaha gara2 nak istiqomah bertudung dan buang rambut merah2.emak pelik dah sebab dalam rumah pon pakai tudung..sekalii bukakkk botak.habisss aku kena rotan dengan emak sebab emak fikir ummi masuk geng pekidaa samseng tai koceng.HAHA kelakar lah emak.ye sampai tahap gitu.dah masuk kolej, ummi minta emak jahitkan jubah.ummi mula pakai tudung labuh.kenapa?sebab bila bertudung tutup aurat, ummi rasa hati lapang.takda siapa dok usik ummi.syukur sangat..maka dari situ ummi nampak impak besar kenapa wanita diarahkan bertudung..sebab MENJAGA.yesss! sangat benarrr! budak2 dah takberani buli dah.


dah macamtuh, ummi belajar baca buku2 islamik..kisah2 para sahabat.pergi library.coba2 cari buku islamik..sekali baca, okeh hati dah terpaut dah.subhannAllah.begitu Alllah mempermudahkan hati masatuh.semua masuk cepat menusuk hati.baca kisah nabi dan para sahabat terus berjuraian airmata.hati jadi sangat lunak.ummi habiskan masa yang banyak berperap dalam bilik dan membaca sampaikan assgment terabai.kihkih.begitu taksub.masaneh ummi jadi sedikit pemalu dah padahal kasaq bukan mainnn sebelum ini.cuma masa ini ummi masih sensitif tingggiiii sangat.macam kalau di usik berpotensi untuk MENGGANAS lagi..pastuh ummi buat belog ana solehah sebagai tempat luah perasaaan.alhamdulillah masa kat kolej ummi berjinak2 simpan hasrat nak berniqob.mula2 sebab MINAT.suka tengok.ummi suka google kartun2 muslimah pastuh terjumpa niqob.belajar tutup2 muka.lama2 macam eh sukaaaa.


terus terang ummi cakap dekat akak, sebab PERTAMA ummi berniqob adalah MINAT dan SUKA TENGOK tapi bukan atas dasar FESYEN sebab ummi dah pakai tudung labuh dan jubah masaneh.rasa tertarik itu kuat mencengkam dalam dada.ummi simpulkan ini HIDAYAH dan keringanan hati daripada Allah taala.bukan macam orang lain konon sebab ALLAH taala.syabas buat merekalah.tapi ummi takkan tipu bila ditanya KENAPA.seawalnya inilah..macam ummi cakap, ummi takdapat semua kemanisan neh sekelip mata, ia datang sedikit demi sedikit.setahun genap ummi berniqob baru dapat faham jelas kenapa ummi berniqob, kenapa kena berniqob, apa kelebihan berniqob, baagaimana ia mampu mengubah sikap2 ummi..syukur Alhamdulillah.setahun kak baru dapat ikhlaskan diri pakai begini yang pada asalnya MINAT dan SUKA.kenapa minat?sebab ummi tengok hati sejukkkkk, suka?sebab mereka sangat anehhhh ummi fikir masatuh.memang masa simpan hasrat niqob pengetahun adalah ZERO.kosong.tapi ummi kata pada diri "takpa, ummi buat dulu.belajar kemudian.ikhlas kemudian.coba saja dulu" ALHAMDULILLAH sekarang dah boleh bercerita dan bagitahu kat orang betapa sangaaaaaaat MULIANYA wanita duduk dalam purdah yang orang cakap panas dan macam hantu ini. :)


hehe, panjang dak?ahaha mesti kak nur binggung rasa nyampahnyaaaa ummi bebel2.hihi ummi ada dua artikel yang ditulis tentang perasaan ummi pertama kali berniqob dan artikel kenapa ummi berpurdah.kalau kak nur dah baca, itulah apa yang ummi rasa sekarang.kalau belum baca, dan nak baca..ummi akan balik linkk..ummi harap cerita2 ummi dapat suntik kekuatan untuk kak nur.yang penting BERANI BERUBAH dan JANGAN PUTUS ASA dan lagi TAK USAH PEDULI ORANG KATA>buaaat saja duluuu.yeayyy tetiba nak sayang kak nur.ngeh2




ok! mail yang selebihnya rahsia ye :) 
terasa sayang dengan budak ummi ni....terasa dekat dengan dia walaupun dia jauh nun di sabah tu ha...
sebelum ni ummi ada 3 blog yang dia tulis selama 3 tahun, tapi tak tahu ke mana hilangnye blog tu...sekarang dia mula menulis sikit-sikit kat blog baru dia, klik sini 

p/s : sebenarnya nak tuliskan kisah ni dalam bentuk puisi, tapi tak berapa nak reti la :P....yela.."puisi kan pelembut jiwa" kata Muhammad Al-Rasyid dalam buku karangannya Al-Muntalaq

p/s/s : perubahan harus di lakukan seiring dengan meningkatnya umur kita kerana meningkatnya usia boleh di hitung, tetapi sampai bila ia meningkat tetap menjadi rahsia Allah swt. 


ok lah...semoga anda di berkati Allah selalu...wassalam.. 


19 March, 2011

yang saya suka~

Assalammualikum....

Aku rasa semua orang musti kenal dengan penulis novel dari indonesia Habiburrahman El-Shirazy kan?
banyak novel-novel islami yang beliau tulis dan semuaaaaaaa novel beliau aku suka ^_^..banyak penulis lain yang seiring dengan beliau seperti Taufiqurrahman Al-Azizy yang menulis buku "kitab cinta yusuf & zulaikha" dan  "munajat cinta".Tapi bahasa yang taufiq guna "bahasa tinggi" faham tak? hmmm...aku pun tak faham sangat, tapi aku cuba fahamkan.....
penulis lain seperti Farhan Hadi, Mardihah Adam, Noor Suraya, Geidurrahman El-Mishry dan lain-lain juga besh!
Baiklah, berbalik kepada penulis kesayangan saya, abang habib Habiburrahman, beberapa novel beliau telah pun di olah ke filem @ drama...tapi antara yang aku palingggggg suka cerita Ketika Cinta Bertasbih, selesai membaca kedua2 novel aku beralih ke filem, selesai kedua2 filem ade pulak edisi special ramadhan, so aku pun beralih la ke drama dia yang sebanyak 56 episod tu, mujur 56 episod je buatnya  beratus-ratus macam cerita cinta dan anugerah kat tv9 tu mau aku sumpah seranah, tapi untuk KCB aku tak maki la, aku tepuk-tepuk manja je..
.
cerita ni aku bagi tau kau orang lah kan memang besh! yang pertama mustila sebab watak lelaki dia yang manis + beragama + berakhlak + baik + hormat kan wanita = perfect!...errrr maaf, aku memang cukup teruja dengan lelaki yang berwatak begini...peace.....
watak wanitanya pun hebat tau...cantik + manis + comel macam saya + lembut..errr macam saya jugak hahahaha pokoknya memang perfect la kalau nak buat isteri.....
seronok tentang KCB ni kerana pelakon utamanya di ambil dari kalangan mereka-mereka yang memang mempunyai asas agama yang kukuh....bukan luar bukak dalam filem tutup litup....
sungguh islami, kebatasan antara pelakon-pelakon di jaga dengan baik, memang kental dengan ajaran islam....moga aku juga kental dengan perubahan.....

bagi mereka yang mencari-cari erti kasih sayang bukan kasih syahwat sila tonton
bagi mereka yang mencari penyempurnaan islam dalam diri sila tonton
kalau dah tonton tapi tak puas hati sila jangan marahkan saya...peace bebeh!

aku rasa ramai yang dah tengok filem ni, tapi edisi special ramadhan dia mesti ada yang tak tengok lagi...pegila tengok......pegilaaaaaaa.....aku tengok pun kat utube je...orang buat kerja aku terbitkan emosi sambil menikmati drama ni....sangat syok seperti menemui telaga di padang pasir......
tamat cerita ni aku macam rasa nak bersuami pulak..hahahahaha...oh azzam ku...dimanakah dikau wahai pemilik tulang rusukku...marilah ke mari, luruskan aku dengan kelembutan kata-kata dan ajaranmu...janganlah kau kasari aku nescaya aku akan patah.....grrr....sedikit merenyam...

poster KCB

cinta...
cinta adalah anugerah yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya agar senantiasa bersyukur pada-Nya, kerana dengan cinta, manusia dapat hidup kerana-Nya.
cinta itu indah, dan alangkah lebih indah jika cinta diberikan kepada Sang Pemilik Cinta dan Keindahan..

bagi yang gemar sangat tengok cerita hiburan dan rancangan realiti tu apa kata ubah rancangan tu ke "tanya ustaz" tv9 yang tetiap pagi ade tu....kalau malas tengok soal jawab tu, tengok lak bacaan zikir kat astro oasis kalau tak nak gak tengoklah cerita KCB ni...hiburan gak...penuh dengan pengajaran...kalau ko tak nak jugak, ko pergi duduk tengah jalan tunggu lori datang langgar ko, tak pun pegi bancuh air clorox then telan.....

maaf atas cadangan kurang bernas.....gurau senda, jangan di ambil serius...

ok lah...semoga anda di berkati Allah selalu...wassalam...