Powered by Blogger.

19 March, 2011

yang saya suka~

Assalammualikum....

Aku rasa semua orang musti kenal dengan penulis novel dari indonesia Habiburrahman El-Shirazy kan?
banyak novel-novel islami yang beliau tulis dan semuaaaaaaa novel beliau aku suka ^_^..banyak penulis lain yang seiring dengan beliau seperti Taufiqurrahman Al-Azizy yang menulis buku "kitab cinta yusuf & zulaikha" dan  "munajat cinta".Tapi bahasa yang taufiq guna "bahasa tinggi" faham tak? hmmm...aku pun tak faham sangat, tapi aku cuba fahamkan.....
penulis lain seperti Farhan Hadi, Mardihah Adam, Noor Suraya, Geidurrahman El-Mishry dan lain-lain juga besh!
Baiklah, berbalik kepada penulis kesayangan saya, abang habib Habiburrahman, beberapa novel beliau telah pun di olah ke filem @ drama...tapi antara yang aku palingggggg suka cerita Ketika Cinta Bertasbih, selesai membaca kedua2 novel aku beralih ke filem, selesai kedua2 filem ade pulak edisi special ramadhan, so aku pun beralih la ke drama dia yang sebanyak 56 episod tu, mujur 56 episod je buatnya  beratus-ratus macam cerita cinta dan anugerah kat tv9 tu mau aku sumpah seranah, tapi untuk KCB aku tak maki la, aku tepuk-tepuk manja je..
.
cerita ni aku bagi tau kau orang lah kan memang besh! yang pertama mustila sebab watak lelaki dia yang manis + beragama + berakhlak + baik + hormat kan wanita = perfect!...errrr maaf, aku memang cukup teruja dengan lelaki yang berwatak begini...peace.....
watak wanitanya pun hebat tau...cantik + manis + comel macam saya + lembut..errr macam saya jugak hahahaha pokoknya memang perfect la kalau nak buat isteri.....
seronok tentang KCB ni kerana pelakon utamanya di ambil dari kalangan mereka-mereka yang memang mempunyai asas agama yang kukuh....bukan luar bukak dalam filem tutup litup....
sungguh islami, kebatasan antara pelakon-pelakon di jaga dengan baik, memang kental dengan ajaran islam....moga aku juga kental dengan perubahan.....

bagi mereka yang mencari-cari erti kasih sayang bukan kasih syahwat sila tonton
bagi mereka yang mencari penyempurnaan islam dalam diri sila tonton
kalau dah tonton tapi tak puas hati sila jangan marahkan saya...peace bebeh!

aku rasa ramai yang dah tengok filem ni, tapi edisi special ramadhan dia mesti ada yang tak tengok lagi...pegila tengok......pegilaaaaaaa.....aku tengok pun kat utube je...orang buat kerja aku terbitkan emosi sambil menikmati drama ni....sangat syok seperti menemui telaga di padang pasir......
tamat cerita ni aku macam rasa nak bersuami pulak..hahahahaha...oh azzam ku...dimanakah dikau wahai pemilik tulang rusukku...marilah ke mari, luruskan aku dengan kelembutan kata-kata dan ajaranmu...janganlah kau kasari aku nescaya aku akan patah.....grrr....sedikit merenyam...

poster KCB

cinta...
cinta adalah anugerah yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya agar senantiasa bersyukur pada-Nya, kerana dengan cinta, manusia dapat hidup kerana-Nya.
cinta itu indah, dan alangkah lebih indah jika cinta diberikan kepada Sang Pemilik Cinta dan Keindahan..

bagi yang gemar sangat tengok cerita hiburan dan rancangan realiti tu apa kata ubah rancangan tu ke "tanya ustaz" tv9 yang tetiap pagi ade tu....kalau malas tengok soal jawab tu, tengok lak bacaan zikir kat astro oasis kalau tak nak gak tengoklah cerita KCB ni...hiburan gak...penuh dengan pengajaran...kalau ko tak nak jugak, ko pergi duduk tengah jalan tunggu lori datang langgar ko, tak pun pegi bancuh air clorox then telan.....

maaf atas cadangan kurang bernas.....gurau senda, jangan di ambil serius...

ok lah...semoga anda di berkati Allah selalu...wassalam...

0 comments:

Post a Comment