Powered by Blogger.

13 March, 2011

kasih kan mereka~~

Assalammualaikum....

syukur alhamdullilah aku masih hidup...
dapat menghirup udara yang di pinjamkan sementara ini,
dapat melihat dengan pancaindera yang di pinjamkan ini,
dapat bergerak dengan anggota yang di pinjamkan ini,
dapat berfikir dengan akal yang di pinjamkan ini....
syukur....syukur....syukur.....

masih lagi di lingkungan "mari bercerita mengenai anak buah"...
baru-baru ini anak-anak aku tak sihat, ada yang kena chicken pox dan demam campak...hati makcik mana yang tak sedih lihat mereka begitu?...

                                               waliyah               hakimah              hadirah

lihatlah wajah-wajah mereka, kasihan bukan?sampai muka-muka pun tumbuh biji, kesian kat waliyah aku yang bulat..asyik menggaru je, hadirah makin sembuh, yang paling teruk kena hakimah..sampaikan masa nak sapu ubat cair yang macam bedak sejuk warna pink tu pun dia jerit-jerit tak nak, sampaikan aku rasa nak melempang je...tapi bila di fikirkan balik bukan kita yang merasa sakit, bukan kita yang merasa pedih tapi dia...kesian tau bila dia nangis-nangis air mata berjurai-jurai jatuh..uuhhhh..begitu terseksa T___T...cepat sembuh ye anak-anak....


dalam duka ada suka...ayat di terbalikkan sementara...
aku dapat pemberian bermakna dari husaini (anak buah)..



pemberian bermakna ...
pada beberapa minggu yang lepas husaini ada masuk pertandingan tulisan khat dekat sekolah tahfiz dia, tapi tak ingat pulak dia dapat nombor berapa......husaini memang tahu enda aisyah dia ni nak Quran kecik tapi malas pergi beli, pathetic bukan? menjadi seorang makcik yang pemalas?...ok itu memang sikap aku...
Jadi hari rabu lepas dia tanya aku
"enda aisyah nak Quran kecik kan? husaini ada dapat Quran kecik masa pertandingan tulisan khat kat sekolah, enda aisyah ambik la"
dengan lapang dada, dan tangan terbuka lebar + luas aku sambut pemberiaan tu :)
hati makcik mana yang tak berbunga-bunga bila dapat pemberian bermakna macam tu? umi dia sendiri pun dia tak bagi tau..hahahaha..bangga i....lepas ni kalau jalan jauh boleh bawak :) sungguh bahagia...


seorang lagi anak ponakan aku nama syafiqah buat ini :


dia lukiskan kulit luar untuk komik aku yang dia pinjam, aku ingat kulit luar komik tu da koyak ke ape tapi rupanya tak...

Syafiqah buat enda aisyah terharu tau...walaupun bagi orang lain benda-benda kecik macam ni tak mendatangkan apa-apa effect perasaan bagi mereka tapi bukan dengan aku ya! hal-hal begini membuatkan saya berasa sangat bertuah di kelilingi oleh mereka-mereka yang "suci"
"suci" yang aku maksudkan adalah suci dari segi pemikiran, suci dari segi tingkah laku tak berpura-pura...adakah berkaitan?...ok...


Ini kisah malam semalam lepas selesai buat kerja sekolah matematik, huraiyah (anak buah) keluar dari bilik aku...dapat aku dengar suara dia bercakap dengan umi, atuk n nenek "huraiyah da siap kerja sekolah~enda aisyah ajar huraiyah~enda aisyah pandai sangat~terima kasih enda aisyah~" (cakap dengan suara gedik berlagu)..oowwww...begitu bangganya aku....ketahuilah huraiyah bahawa enda aisyah ni bukanlah seorang yang pandai ketika belajar dulu...huhuhuhuuu...kalau setakat ajar + - tu bolehla....

begitu bersyukur kerana memiliki mereka...

terimalah kucupan khas dari saya

huraiyah

p/s : Amaran dari Allah swt di turunkan di jepun, tidakkah kita perlu melakukan sesuatu? perubahan maybe?

ok lah...semoga anda di berkati Allah selalu..wassalam..

0 comments:

Post a Comment